Notis Privasi
Kemas kini terakhir: 13 Oktober 2026
Notis ini menerangkan maklumat yang dikumpul melalui laman akmalsys.com (portal utama) dan cara maklumat tersebut digunakan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
1. Maklumat yang kami kumpul
- Borang hubungi: nama, e-mel, nombor telefon (pilihan), nama sekolah / organisasi (pilihan) dan kandungan mesej yang anda hantar.
- Ulasan pengguna: nama, jawatan dan sekolah (pilihan), penilaian bintang, teks ulasan dan e-mel (pilihan). Nama, jawatan, sekolah, penilaian dan teks ulasan hanya dipaparkan di laman ini selepas disemak dan dengan kebenaran anda. E-mel tidak pernah dipaparkan dan hanya digunakan untuk mengesahkan ulasan.
- Kiraan klik sistem: jumlah klik pada setiap sistem sahaja, tanpa sebarang maklumat yang mengenal pasti anda.
- Pemantauan status sistem: laman ini menyemak secara automatik sama ada setiap sistem boleh dicapai. Semakan ini tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi.
- Kiraan pelawat: pelayar anda menyimpan satu ID rawak (bukan cookie) supaya setiap pelawat dikira sekali sehari. Kami merekod tarikh, jenis peranti (telefon/tablet/komputer), bahasa yang dipilih dan laman asal rujukan (contohnya facebook.com) — tanpa alamat IP atau sebarang maklumat yang mengenal pasti anda.
- Bantuan Sistem (soal jawab automatik): soalan yang anda taip dan jawapan yang dijana disimpan selama 90 hari untuk menambah baik panduan sistem. Soalan, dan screenshot yang anda lampirkan dalam chat, dihantar kepada pembekal AI pihak ketiga untuk menjana jawapan. Screenshot dalam chat tidak disimpan oleh kami melainkan anda menghantarnya bersama laporan masalah. Alamat IP tidak disimpan; hanya cincangan harian yang tidak boleh diterbalikkan digunakan untuk mengehadkan bilangan soalan. Jangan masukkan kata laluan, No. Kad Pengenalan atau maklumat peribadi lain dalam soalan.
- Laporan masalah (Bantuan Sistem → Laporkan masalah): nama, nombor telefon, sistem berkenaan, penerangan masalah, log ralat dan screenshot (pilihan) yang anda hantar, bersama alamat halaman, jenis pelayar dan perbualan terakhir anda dengan Bantuan Sistem. Maklumat ini dihantar kepada pembangun melalui Telegram dan digunakan semata-mata untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah anda, termasuk menghubungi anda. Sebelum laporan dihantar, penerangan masalah, log dan screenshot (tanpa nama dan nombor telefon) dianalisis oleh pembekal AI pihak ketiga untuk mencadangkan penyelesaian. Screenshot disimpan dalam storan Cloudflare R2 dan dipadam selepas 30 hari. Alamat IP tidak disimpan; hanya cincangan harian digunakan untuk mengehadkan bilangan laporan. Tutup atau kaburkan maklumat peribadi orang lain (contohnya No. KP dan nama murid) sebelum menghantar screenshot.
- Statistik pelawat: jika diaktifkan, kami menggunakan Cloudflare Web Analytics yang tidak menggunakan cookie dan tidak menjejak individu.
2. Tujuan penggunaan
Maklumat borang hubungi digunakan semata-mata untuk membalas pertanyaan atau permohonan anda. Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
3. Penyimpanan & keselamatan
Data disimpan dalam pangkalan data terurus (Supabase) dengan sambungan HTTPS dan kawalan akses berasaskan peranan — hanya pentadbir yang diberi kuasa boleh membaca mesej. Mesej dipadam apabila tidak lagi diperlukan.
4. Storan pelayar
Laman ini menyimpan salinan kandungan laman (senarai sistem dan teks) dalam storan pelayar anda supaya laman dapat dibuka dengan pantas. Perbualan dalam Bantuan Sistem disimpan dalam storan sesi dan dipadam apabila tab ditutup. Ia tidak mengandungi maklumat peribadi dan boleh dipadam melalui tetapan pelayar.
5. Sistem dalam portal
Setiap sistem (contohnya HATRIK, ScoutNadi, RPH Smart) beroperasi pada subdomain tersendiri dan mungkin memproses data tambahan seperti rekod murid atau ahli. Pemprosesan data dalam sistem tersebut tertakluk kepada terma dan tetapan sistem masing-masing.
6. Hak anda
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman maklumat yang anda hantar kepada kami (termasuk menarik balik kebenaran memaparkan ulasan anda) dengan menghubungi hubungi@akmalsys.com.